Langkah :

Seni Melayu merupakan warisan bangsa kita yang cukup tinggi nilainya yang seharus di warisi oleh setiap anak Melayu. Namun begitu amat sedikit sangat ruang yang kita berikan kepada anak-anak Melayu untuk mendapat peluang mengenali Tradisi & Budaya leluhur kita secara lebih dekat. Apatah lagi menjiwai seni warisan kita. Ini lah yang menjadikan ramai anak Melayu pada hari ini jauh berbudaya Melayu yang cukup indah, mereka kurang mengamalkan adab dan susila Melayu yang sebenarnya yang cukup sempurna terhasil dalam ketamadunan kita.








Pada ketika-ketika juga mereka merasa kekok dengan budaya nenek moyang sendiri sehinggalah mereka memberi alasan bahawa budaya itu satu perkara yang sudah lapok. Malahan hari ini dalam dunia yang pelbagai ancaman minda membuat anak Melayu kita telah ramai menolak amalan budaya sendiri dan mengambil budaya luar negeri yang tanpa ada usul asalnya. Menjadikan mereka itu hanya Melayu pada nama tanpa mencerminkan diri yang sebenar bergelar ‘MELAYU’.

"Tanda orang beradat
Mewarisikan tunjuk ajar ia ingat
Supaya orang selamat
Tunjuk ajar diingat-ingat
Diturunkan bercepat-cepat
Diwarisi ketika ingat
Disampaikan di mana sempat"

- Tenas Effendy : Tunjuk Ajar Melayu : 2006


Persatuan Seni dan Budaya Warisan Melayu Jawi [WarisAlam]
memberi peluang kepada anak Melayu dari usia 12 tahun ke atas
untuk mengikuti 'KGSM' = KURSUS GERAK SENI MELAYU