KGSM :

Kursus Gerak Seni Melayu atau 'KGSM' merupakan sebuah program Silat & Budaya Melayu yang disusun rancang berdasarkan falsafah memperluaskan dan memperdalamkan skop pengalaman dan keilmuan dalam bidang seni silat dan budaya Melayu kepada pelbagai peringkat di sekolah, IPT, Pertubuhan mahupun Syarikat Korporat .



Program ini bukan sahaja bertumpu dalam hal-hal seni silat dan budaya semata-mata akan tetapi ia jua akan disokong pelbagai aktiviti yang mampu mengintegrasikan perhubungan di antara penuntut dengan masyarakat serta dengan alam sekeliling. Melalui penglibatan dalam program ini mereka bukan sahaja mendapat pendedahan dalam bidang seni dan budaya bahkan juga cemerlang dalam pendidikan, budaya kerja yang lebih baik, berketrampilan serta mesra dengan masyarakat serta alam sekeliling.

Maka pendedahan inilah sewajarnya dipupuk dan ditanam dari peringkat usia remaja malah juga pada usia dewasa agar apa yang akan diterima kelak akan mempertingkatkan kesedaran terhadap nilai-nilai agama, moral, sejarah, ketahanan dan disiplin diri.

Pada kesedaran inilah WarisAlam ingin berkongsi pengalaman yang baik dalam KGSM. KGSM ini merupakan pengenalan awal : asas seni Melayu, dibentuk dalam beberapa pakej agar bersesuaian dengan kehendak pemintaan semasa.

............................................


Pakej KGSM :

Pakej 1 : Sekolah dan IPT : Selama 30 - 36 minggu 
[kelas seminggu sekali selama 2 jam setiap kelas]

Pakej 2 : Umum : Selama 12 - 15 minggu
[kelas seminggu sekali selama 2 jam setiap kelas]

Pakej 3 : Pertubuhan dan Korporat : Selama 12 - 15 minggu
[kelas seminggu sekali selama 2 jam setiap kelas]

Pakej 4 : Kem Budaya : Selama 4 hari - 3 malam
[kelas sejumlah 24 jam dalam tempoh 4 hari]


Kursus ini memberi peluang kepada peserta menjiwai ketinggian nilai Seni Melayu antaranya ; [contoh]

Silat Tari dan Pencak :
seterusnya dijadikan sebagai asas mempertahankan diri serta satu aliran sihatkan tubuh badan. [sehingga mampu membuat persembahan]

Busana :
khususnya cara berpakaian tradisi cara Melayu termasuk pelbagai ikatan Samping dan Tanjak.

Kompang :
Mendapat pendedahan asas pukulan Kompang dan mempelajari alunan Selawat dengan iringan kompang.

Petua-Petua :
kembali menguasai pelbagai petua tradisi Melayu yang penuh dengan hikmah dan rahsia khususnya berkaitan herba dan tumbuhan. [sehingga mengenal pelbagai pokok]

Adab & Adat :
kefahaman secara asas dalam mengamalkan adab dan adat Melayu agar terus berkekalan tanpa melanggar hukum syarak.




SILIBUS :

Kursus ini sepenuhnya meliputi pelbagai bidang seni budaya dan warisan Melayu seperti contoh ;

1.             Seni Senaman Tradisi Melayu
2.             Seni Silat Persembahan Tari Pengantin
3.             Seni Silat Memulut
4.             Seni Silat Pertahanan Diri Melayu
5.             Seni Ikatan Tanjak
6.             Seni Ikatan Sampin  
7.             Seni dan Falsafah Songket
8.             Seni dan Falsafah Kain Pelikat
9.             Seni dan Falsafah Kain Batik
10.           Seni dan Falsafah Permainan Tradisi Melayu
11.           Seni Falsafah Ukiran Melayu
12.           Asas Pukulan Kompang
13.           Adab Melayu dalam kehidupan
14.           Seni dan Falsafah dalam Adat Pengunaan Tepak Sireh
15.           Asas Seni Rawatan Herba Melayu
16.           Kefahaman Beribadah
17.           Dll..


TAMBAHAN :

Antara program tambahan yang akan diadakan dari masa ke semasa ialah:

1.              Program belajar berkompang dan berselawat
2.              Program kembara Sejarah dan Seni
3.              Kem Motivasi Pelajar
4.              Gotong Royong dengan penduduk setempat
5.              Lawatan sambil belajar
6.              Kursus solat untuk remaja
7.              Pertandingan Persembahan Seni Budaya
8.              Dll..












“Yang disebut tunjuk ajar
Petuah membawa berkat
Amanah membawa tuah”
“Yang disebut tunjuk ajar
Tunjuk menjadi telaga budi
Ajar menjadi suluhan hati”

- Tenas Effendy : Tunjuk Ajar Melayu : 2006