WarisAlam merupakan
sebuah Pertubuhan NGO yang bergerak giat mempromosikan Seni dan Budaya Melayu
agar kembali menjadi amalan baik masyarakat Melayu terutamanya diperingkat
remaja. WarisAlam turut berjaya mengendalikan pelbagai program budaya bersama
Kementerian, Pusat Pengajian Tinggi dalam menganjurkan Pameran dan Persembahan
sehingga ke peringkat antarabangsa.
Portfolio terbaik
WarisAlam adalah menganjurkan program bersama : Kembara ‘Jejak Warisan Jawi’ ke
7 buah negara dengan kenderaan pacuan 4 roda selama 25 hari dari Malaysia ke
Thailand, Kemboja, Laos, Vietnam, Myanmar sehingga ke China meliputi pelbagai
program kajian sejarah, persembahan seni budaya, menghulur bantuan kebajikan
dan kemanusiaan kepada penduduk Melayu Islam di setiap negara.
WarisAlam
berpengalaman lebih 5 tahun mengendalikan pelbagai kursus Seni dan Budaya di
semua peringkat umur. Hari ini WarisAlam turut mengendalikan sepenuhnya
sebuah program Bahasa dan Budaya Melayu di sebuah sekolah di Kampong Chumnik,
Kemboja di bawah program ‘MimbarQaseh’.
Tapak WarisAlam :
Rumah milik
Persatuan terletak di seksyen 20 Shah Alam, Selangor sebagai Ibu Pejabat dan
kegiatan aktiviti-aktiviti Budaya
dan
Sebuah Resort ‘LembahWarisan Budi’ di Kuala Kangsar sebagai Pusat Latihan Budaya dan Kem Motivasi,
menganjurkan pelbagai aktiviti seperti program cuti sekolah – ‘KemBudi’.